Pakar Ginekologi (sakit puan), Dr. Faouzi Hajri memberitahu, ramai gadis dan wanita memilih untuk melakukan pembedahan hymenoplasty atau hymenorrhaphy demi kebahagiaan suami. Katanya, mereka juga tidak menyesal dengan pembedahan itu kerana apa yang penting adalah untuk meyakinkan suami mengenai kesucian diri setelah berkahwin.
Mereka yang hilang dara ini kebanyakannya dari golongan wanita berusia antara 18 hingga 35 tahun yang rata-ratanya bekerja mengamalkan seks bebas secara aktif, kes rogol dan rata-rata kes remaja sama ada dengan pasangannya atau bersendirian melakukan onani dan juga terlibat golongan sejenis (lesbian).
Di negara Afrika Utara seseorang wanita boleh melakukan pembedahan membina semula selaput dara mereka dengan mudah. Pembedahan di hospital hanya mengambil masa selama 30 minit dengan kos $100 hingga $700 Euro (RM1,760 hingga RM3,070).
Mereka juga perlu menjalani rawatan selama seminggu selepas perkahwinan. Jahitan pembedahan masih kuat dalam tempoh tersebut.Sementara itu, seorang bakal pengantin, Sarina berusia 25 tahun (bukan nama sebenar) mengaku dia telah melakukan pembedahan itu agar kehormatannya tidak dipersoalkan suami pada malam pertama perkahwinan.
Kehormatan wanita tidak boleh ditentukan dengan hanya mengambil kira kehilangan beberapa titis darah, jelas seorang gadis yang menbuat pembedahan, beliau kecewa apabila bekas teman lelakinya enggan berkahwin setelah mengetahui dia tidak lagi suci, sebaliknya mengambil kesempatan mengajaknya ke ranjang.
Pakar Bedah Hymenoplasty, Dr. Moncef Kamel pula memberitahu, tidak kurang 100 orang wanita tempatan datang ke kliniknya setiap tahun untuk melakukan pembedahan. Ada juga yang datang dari Libya, Singapura dan Algeria.
Cara hidup moden kini menjadi gaya muda-mudi. Bagi wanita moden, mereka turut mempersoalkan mengapa tidak boleh mengamalkan seks bebas seperti lelaki? Namun realitinya, masyarakat masih mengambil berat soal kesucian wanita.
Perubatan Tradisional Pulih dara
Perubatan tradisional turun temurun juga terdapat di negara ini (malaysia) dan di indonesia namun cara rawatannya tidak terlalu pendedahan. Terdapat produk-produk tradisional dijual melalui internat dan tidak terdapat dijual secara terbuka di kedai-kedai ubatan.
Untuk Rawatan Secara Tradisional sila klik iklan produk di bawah ini untuk mendapatkan produk no 1 diyakini telah menyelamat ramai gadis-gadis yang tiada dara....
Untuk Rawatan Secara Tradisional sila hubungi iklan produk di bawah ini untuk mendapatkan produk no 1 diyakini telah menyelamat ramai gadis-gadis yang tiada dara....Untuk Rawatan Secara Tradisional sila klik iklan produk di bawah ini untuk mendapatkan produk no 1 diyakini telah menyelamat ramai gadis-gadis yang tiada dara....
Petikan: http://www.bharian.com.my/node/49874
Agama: Fuqaha sepakat hukum harus rawatan pulih dara
Kemajuan teknologi memungkinkan pelbagai perkara boleh dilakukan dan dalam aspek perubatan ada kaedah untuk memulihkan selaput dara. Namun, timbul persoalan apakah tindakan itu dibenarkan kerana pasti banyak implikasinya nanti. Bagi memahami perkara itu, istilah pulih dara dalam perubatan tradisional dan pulih dara menurut perubatan moden adalah berbeza. (teruskan membaca artikal ini)
Dalam perubatan tradisional, pulih dara bukan bermaksud mengembalikan atau mencantumkan kembali selaput dara yang telah lama terkoyak. Sebaliknya ia sekadar rawatan tertentu dengan herba bagi memperbaiki dan mengembalikan kesegaran faraj dan tubuh wanita hingga terasa seperti anak dara semula. Sudah tentu perubatan seperti ini tidak salah dan digalakkan bagi menjaga keharmonian rumah tangga serta mengakrabkan suami isteri.
Bagaimanapun dalam istilah perubatan, memulihkan dara bermaksud menjahit dan mencantumkan kembali selaput dara sehingga ia menjadi seperti belum berkahwin atau belum melakukan hubungan kelamin. Prosedur seperti ini yang menjadi perbahasan dalam kalangan ulama. Harus mangsa rogol, kemalangan jahit selaput dara Fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan hukum memulihkan dara mengikut keadaan jika dilakukan oleh mangsa rogol, bekas pelacur, penzina atau seorang isteri. Hukum ini dibahaskan fuqaha kontemporari dalam Persidangan Akademi Fiqh Islam kali ke-18 bertajuk Pembedahan Plastik: Apa Hukumnya?
Resolusi persidangan merumuskan, harus menjahit selaput dara yang koyak disebabkan oleh kemalangan, rogol atau secara paksaan. Menjahit selaput dara yang koyak disebabkan oleh perlakuan lacur tidak harus dari segi syarak, demi menutup pintu kerosakan dan penipuan. Persidangan yang diadakan di Putrajaya itu juga menggariskan panduan dan syarat umum pembedahan selaput dara serta pembedahan kosmetik secara umum.
Pembedahan hendaklah satu maslahat yang diperakui oleh syarak seperti mengembalikan semula fungsi, memperbaiki kecacatan dan mengembalikan semula kejadiannya ke bentuk asalnya. Pembedahan itu tidak membawa kepada kemuda-ratan yang mengatasi maslahat diharapkan. Perlu doktor berkelayakan Doktor yang melakukan pembedahan hendaklah seorang yang pakar dan berkelayakan. Jika tidak, dia akan menanggung sebarang tanggungjawab.
Pembedahan hendaklah mendapat keizinan pesakit (yang memohon pembedahan). Doktor (pakar) hendaklah sentiasa melakukan pemantauan (kepada orang yang akan dibedah) dengan bahaya dan komplikasi dijangka berlaku atau berkemungkinan berlaku daripada pembedahan itu. Sudah tidak ada rawatan lain yang memberi sedikit kesan dan kesakitan kepada tubuh badan selain daripada pembedahan. Hendaklah dipelihara aturan cara berubat dari sudut mematuhi tidak berlaku khalwat, hukum hakam membuka aurat dan sebagainya, kecuali kerana darurat atau keperluan yang mendesak. Kesimpulannya, tidak terdapat hukum qatie (muktamad) terhadap perbuatan mengembalikan dara.
Tetapi berdasarkan kemaslahatan tertentu fuqaha memutuskan keharusan mengembalikan dara bagi kes wanita menjadi mangsa rogol bagi menutup aib. Ia juga memberi peluang kepadanya untuk memulakan hidup baru. Haram jika ada unsur penipuan Begitu juga wanita yang kehilangan dara disebabkan aktiviti lasak seperti bersukan atau kerana terbabit dalam kemalangan. Bagaimanapun, fuqaha dalam persidangan itu mengharamkan pemulihan dara jika boleh menimbulkan kemudaratan kepada wanita atau tujuan menggalakkan penipuan serta maksiat.
Golongan yang diharamkan menjalani prosedur itu ialah pelacur yang melakukan perzinaan untuk menyara hidup. Memulihkan dara bagi golongan ini mungkin dilakukan untuk melariskan diri atau menipu bakal suami. Perempuan yang berzina secara suka rela, mengharuskan pemulihan dara kepada golongan ini hanya menggalakkan mereka meneruskan kegiatan perzinaan. Berdasarkan itu, perempuan pelacur dan penzina tidak harus memulihkan dara. Pendapat Mufti Mesir Bagaimana jika wanita itu pernah menjadi pelacur atau berzina tetapi bertaubat dan ingin berkahwin dengan lelaki yang baik? Mufti Besar Mesir, Dr Ali Jemaah menfatwakan, wanita yang hilang dara atas apa sebab sekali pun harus menjalani pemulihan dara sebelum berkahwin. Beliau dalam hujah mengharuskan pemulihan dara gadis malang itu berkata bahawa agama Islam menyeru kepada penutupan keaiban. Jika tindakan gadis yang telah hilang dara memulihkan daranya atas apa juga sebab dianggap boleh menyebabkan penutupan aibnya, maka Islam mengharuskan perbuatan itu.
Menurut beliau lagi, gadis itu tidak perlu memberitahu tunangnya bahawa dia telah hilang dara. Perkara yang sama boleh diperlakukan ke atas wanita yang telah berzina di mana tidak harus baginya memberitahu suaminya bahawa dia telah berzina. Beliau seterusnya menegaskan perbuatan seperti itu dibenarkan untuk menjaga kesatuan keluarga dan membolehkan wanita yang telah melakukan kesalahan supaya bertaubat. Ia bukan sama sekali untuk menipu dan memperdaya.
No comments:
Post a Comment