Pecah Dara Malam Pertama
Kepentingan dara bagi wanita khususnya dalam masyarakat Melayu Islam adalah suatu perkara yang amat diberi penekanan kerana ianya melibatkan soal maruah dan nilai harga sesebuah keluarga. Jika ibu bapa tidak ambil berat dalam hal sosial kehidupan terutamanya bagi anak gadis dikhuatiri kelak mereka akan mudah terjerumus dalam gejala sosial seperti mengandung anak luar nikah, rogol, sumbang mahram dan lain-lain lagi.
Situasi seperti ini bukan sahaja menyebabkan anak gadis mereka kehilangan dara pada usia yang muda malah hal ini juga boleh memalukan keluarga dan seterusnya hasrat untuk berkahwin dengan lelaki idaman menjadi lebih sukar (seandainya calon lelaki mengetahui bakal isterinya sudah tiada dara lagi).
Bagi seorang wanita mereka amat memandang tinggi nilai dara kerana bagi mereka itu adalah lambang kesucian yang perlu dijaga sebelum mereka menyerahkannya kepada bakal suami. Begitu juga dengan lelaki sudah tentu mereka mengidamkan seorang wanita yang masih mempunyai dara.
Apakah yang dikatakan Dara?
Dara atau hymen merupakan satu selaput atau membran tipis yang menutupi bahagian di dalam vagina wanita. Membran tipis ini biasanya mempunyai lubang di bahagian tengahnya agar darah haid boleh keluar atau pun dimasuki oleh penis ketika hubungan intim dijalankan.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pecah Dara?
Masyarakat umum sering menggunakan istilah pecah dara bagi menggambarkan bahawa berlakunya pendarahan vagina sewaktu pertama kali wanita itu melakukan hubungan seks. Seperti yang telah dinyatakan di atas bahawa vagina itu mempunyai lubang di bahagian tengahnya. Masuknya zakar ke dalam vagina bukan bererti perlu memecahkan membran dara seperti menusuk belon melainkan hanya mengoyakkan sedikit bahagian tersebut bagi memberi laluan kepada zakar yang mempunyai saiz diameter yang lebih besar dari selaput dara tersebut.
Adakah wanita itu akan berasa sakit ketika Pecah Dara?
Rasa bimbang dan takut pasti menyelubungi wanita ketika pertama kali mereka mahu melakukan hubungan seks dengan suami. Sebenarnya pecahnya selaput dara tidak mendatangkan rasa sakit melainkan hanya berdarah. Ini kerana selaput dara tidak mempunyai saraf melainkan di saluran darah sahaja (rasa sakit hanya dapat dirasai pada bahagian tubuh yang mempunyai saraf).
Kesakitan mulai timbul adalah disebabkan berlakunya regangan di bahagian vagina apabila penis dimasukkan buat pertama kali. Bagi wanita yang tidak pernah atau melakukan hubungan seks, vaginanya tertutup rapat dan hanya muat-muat untuk diameter penis lelaki sahaja. Oleh sebab itu, apabila penis dimasukkan maka sedikit regangan akan berlaku.
Belum pernah melakukan hubungan seks tetapi dara sudah pecah Tanpa melakukan hubungan seks, terdapat juga segelintir wanita yang mengalami selaput dara koyak. Hal ini mungkin berlaku disebabkan terjadinya trauma mekanikal terhadap bahagian vagina sehingga ia koyak. Umpamanya wanita tersebut terjatuh di bilik air lalu bahagian vagina terhantuk ke mangkuk tandas atau pun tersadung di celah kangkang ketika menaiki basikal dan sebagainya.
Apakah perbezaan pecah dara kerana hubungan seks atau trauma
Terdapat perbezaan di antara koyaknya selaput dara disebabkan olehh penetration penis atau trauma (tersadung, terhentak, terlanggar dan sebagainya). Penetration penis selalunya akan menyebabkan selaput dara koyak di bahagian bawahnya pada sekitar jam 5 hingga jam 7. Manakala trauma pula akan menyebabkan selaput dara koyak di bahagian atasnya sekitar jam 11 hingga jam 2. Hal ini kerana posisi selaput dara bahagian atas lebih luar daripada bahagian bawahnya. Dengan erti yang lebih mudah, sekiranya vagina terhentak di mangkuk tandas, bahagian atas akan terhentak terlebih dahulu sebelum bahagian bawahnya. Sebab itu trauma akan menyebabkan koyak di bahagian atas selaput dara.
P/S : Kembalikan kehangatan malam pertama anda! Memperkenalkan cecair pengetat vagina yang hebat untuk menjadikan faraj anda lebih wangi dan mantap apabila melakukan hubungan seks bersama suami anda. (KLIK DISINI)
No comments:
Post a Comment