Tuesday, 21 December 2021

Dalam hujan, pesanan Lailya untuk semua gadis-gadis yang mabuk bercinta


 
Sekadar gambar hiasan

Semuanya telah berlalu, hanya tinggal kenangan yang tak mungkin hilang selagi nyawa dikandung badan.Permulaan aku ternoda dengan rela, ketika dalam hujan lebat masih meniti diingatanku. Selanjutnya selagi cinta bersemi, selagi itu aku merelakan diriku untuk kepuasan nafsu engkau dan aku demi cinta suci kononnya. Tapi kemanakah semua itu?

 
Sekadar gambar hiasan

Begitu mudah kau meninggalkan aku setelah segalanya ku serahkan untukmu demi bukti sebuah cinta. Terlalu bodohnya aku ketika itu mempercayai engkau yang pandai mempermainkan kata-kata.Gayamu yang romentik dan terlihat keikhlasan bercinta membuatku terperdaya dengan janji-janji manismu.

 
Sekadar gambar hiasan

Tak apalah, pergilah engkau dengan dustamu. Meskipun aku berdosa dengan Allah, aku masih percaya seorang insan yang lemah seperti aku akan diterima oleh-Nya taubatku. Dan engkau seharusnya yang memperdayaku akan menerima kifarah-Nya kelak, tunggulah. Jika bukan engkau merasakan balasan dari Allah, tidak mustahil generasimu akan mengalami seperti mana kau lakukan pada ku.

                                                                  Sekadar gambar hiasa

Buat gadis-gadis dluar sana ingatlah jangan semudah itu engkau menyerahkan hakmu sebagai seorang gadis kepada seorang lelaki semata-mata mengejar dan mempercayai cintanya.Jika seorang lelaki itu benar-benar menyintai dirimu dia akan jaga diri dan kesucianmu.

Biarlah hari ini engkau menangis kerana ditinggalkan oleh seorang lelaki tetapi engkau tidak mengadaikan kesucianmu daripada ketika hari ini engkau seperti aku menangis dua perkara, kerana seorang lelaki dan kerana kesucianku diragutnya. Aku telah kehilangan kedua-duanya sekali. Namun bagiku kehilangan seorang lelaki tidak mengapa akan tetapi yang benar-benar buatku menderita bila aku dengan mudah menyerahkan kesucianku dan ianya tidak mungkin dapat diganti.

Kiriman Lailya( bukan nama sebenar) untuk tatapan pembaca dan semoga dengan kisah benar ini ianya menjadi satu peringatan untuk gadis-gadis diluar sana agar jangan terlalu percaya dengan janji-janji manis seorang lelaki sehingga kamu sanggup menyerahkan mahkota yang satu itu.

Wahai gadis-gadis yang sedang mabuk cinta tu, waspadalah, sesal dahulu tak pengapa, sesal kemudian segalanya lenyap. 



No comments:

Post a Comment