Petua Tidur Sempurna
Bagaimana untuk dapat tidur sempurna? Untuk dapatkan tidur sempurna adalah impian setiap manusia yang inginkan rehat yang secukupnya. Pada masa yang sama ia turut berkait rapat dengan kesihatan dan aktiviti seharian agar tidak terjejas.
Tidur sempurna amatlah penting bagi setiap manusia normal di muka bumi ini. Jika tidur tidak teratur atau susah untuk tidur, ia pasti akan memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian dan juga dalam melakukan kerja.
Di sini admin ingin kongsikan antara tips atau petua berguna untuk anda dapatkan tidur sempurna yang berkualiti :
1. Tangani Tekanan
Tidur sempurna anda pasti akan terganggu sekiranya anda dalam keadaan tertekan. Tangani tekanan atau stress anda dengan cara yang sihat seperti menyusun semula jadual, menetapkan keutamaan dan membahagi tugasan agar tidak terbeban. Rehat dengan secukupnya, dan bergaul dengan sahabat handai. Jika anda terfikirkan sesuatu perkara sebelum tidur, jangan bebankan waktu tidur anda dengan memikirkan perkara tersebut.
2. Dapatkan Nasihat Doktor
Kadang-kala, ianya normal jika anda mengalamai gangguan semasa tidur dan sukar mendapat tidur sempurna. Akan tetapi, jika anda kerap mengalami kesukaran mendapatkan waktu tidur sempurna yang cukup, sila dapatkan nasihat doktor atau pakar. Doktor boleh mengenal pasti dan merawat punca gangguan tidur anda jika ianya berkait dengan masalah kesihatan.
3. Bersenam
Aktiviti fizikal pada waktu siang seperti bersenam dapat membantu anda tidur sempurna dengan lebih lena, cepat dan lebih nyenyak pada waktu malam. Walau bagaimanapun, jarakkan waktu bersenam dan waktu tidur anda untuk mengelakkan kepenatan.
4. Hadkan Waktu Tidur Siang Hari
Tidur terlalu lama di siang hari boleh mengganggu waktu tidur sempurna anda di malam hari, terutamanya bila anda mengidapi penyakit insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam. Jika anda perlu tidur sekejap pada waktu siang, hadkan waktu tidur tersebut dalam 10-30 minit pada waktu tengah hari. Dalam sesuatu kes dimana anda perlu bekerja sepanjang malam, barulah anda boleh tidur dengan waktu yang lama pada waktu siang.
5. Selesakan Diri
Jadikan suasana bilik tidur anda sebagai sebuah tempat yang selesa dan ideal untuk tidur. Contohnya, suhu yang tidak panas, gelap, dan sunyi. Anda boleh gunakan alatan seperti penghawa dingin, (atau kipas), plug telinga, atau penutup mata bagi membantu mewujudkan suasana tidur sempurna.
Selain itu, tidur sempurna yang baik juga bergantung kepada kedudukan tilam dan bantal anda. Walaupun definisi tilam yang sesuai untuk tidur adalah subjektif, pilih tilam dan bantal yang paling membuatkan anda selesa. Jika berkongsi katil, pastikan saiznya cukup untuk 2 orang dan mempunyai ruang yang tidak sempit.
6. Lakukan Perkara Rutin Sebelum Tidur
Untuk dapatkan tidur sempurna, lakukan sesuatu yang sama sebelum tidur pada setiap malam. Hal ini bagi memberitahu badan anda bahawa masa untuk tidur sudah tiba setiap kali anda melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah mandi air suam, membaca buku, atau mendengar lagu yang menenangkan, dilakukan dengan lampu yang malap.
7. Tidur Pada Waktu Tetap
Cuba untuk tidur dan bangun dari tidur pada waktu yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu. Tidur pada waktu yang sama dapat mengukuhkan kitaran waktu tidur dalam jam biologi (biological clock) badan anda. Hal ini juga dapat membantu anda untuk dapatkan tidur sempurna dengan lena dan lebih cepat setiap kali anda tidur.
8. Buat Sesuatu Yang Menenangkan
Jika anda tidak boleh tidur sempurna dengan lena walaupun selepas 15 minit anda cuba untuk tidur, cuba bangun dan buat sesuatu yang menenangkan. Kemudian, tidur semua selepas anda rasa mengantuk. Jika tidak, ianya akan menjadi lebih susah untuk anda lena.
9. Jaga Pemakanan
Jangan tidur sekiranya anda lapar atau terlalu kenyang. Keadaan yang tidak selesa ini boleh membuatkan anda lebih sukar untuk dapatkan waktu tidur sempurna yang lena. Selain itu, kurangkan mengambil minuman sebelum tidur, bagi mengelakkan tidur sempurna anda terganggu dengan rasa nak terkencing. Elakkan merokok (seeloknya berhenti) dan minum minuman berkafein pada waktu malam. Kesan kafein dalam kopi dan nikotin dalam rokok boleh mengganggu tidur sempurna anda pada waktu malam.
#http://petuabahagia.net/petua-tidur-sempurna/
No comments:
Post a Comment