Tuesday, 21 December 2021

Mulakan pagi dengan setting pemikiran anda dengan 3 fikiran ini


Tiga Tip Mulakan Hari Dengan Ceria dan Hebat
Mulakan pagi dengan setting pemikiran anda dengan 3 fikiran ini :

1. HARI INI ADALAH HADIAH & PELUANG SAYA YG TERBAIK

Sematkan di dalam fikiran anda, bahawa hari ini adalah masanya untuk anda kembali menyambung tindakan anda untuk mencapai impian anda kaya berjaya di dunia dan akhirat.Simpan kejayaan atau kegagalan hari semalam dan biarkan ia. Yang lepas sudah lepas. Hari ini adalah peluang baru buat anda melakukan lebih baik dari semalam.Mulai sekarang dan hari ini, fokus fikiran anda kepada perkara yang perlu anda selesaikan hari ini. Yang mana, sebelum anda kembali tidur pada malam nanti, anda gembira dan puas dapat melakukan apa yang telah anda rancang dengan baik.
.
2. MASA PALING SESUAI ADALAH SEKARANG

Ramai yang menanti masa yang sesuai. Sedangkan tiada masa yang namanya masa sesuai. Yang ada hanyalah masa sekarang. Kejayaan atau kegagalan adalah apa yang anda lakukan sekarang. Jika hendak berubah, berubahlah sekarang dan hari ini. Jika hendak bahagia, kenapa perlu tunggu kaya, bahagialah pada hari ini dan senyumlah. Nescaya anda bahagia. Jika hendak memulakan sesuatu projek, mulakanlah sekarang dan hari ini. Jika hendak bertaubat, bertaubatlah sekarang dan hari ini. Jangan bertangguh lagi, kerana masa sekarang juga akan pergi. Hari ini akan pergi buat selamanya. Dan esok belum tentu menjadi milik kita. Yang kita ada adalah sekarang. Jadi, jangan bazirkan masa yang ada. Lakukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk hidup kita di dunia dan akhirat selagi kita mempunyai masa sekarang.
.
3. SAYA YG MENCIPTA HIDUP SAYA

Hidup anda adalah anda yang mencorakkannya dengan izin Allah. Setiap hari adalah lembaran kosong yang baru. Muka surat baru untuk anda menulis apa jua tindakan dan perbuatan baik atau buruk. Peluang hari ini adalah peluang untuk anda melakukan lebih banyak kebaikan dan memberi sebanyak-banyaknya.
Berhati-hatilah semasa anda menulis corak hidup anda hari ini. Kerana, ia juga akan bersambung pada keesokan hari. Jika tersalah tulis, kesannya mungkin anda akan lihat esok hari dan seterusnya. Tulislah apa yang ingin anda jadi pada hari ini. Apa yang ingin anda lakukan pada hari dan jadilah sebagaimana yang anda telah tulis. insyaAllah hidup anda akan menjadi lebih bermakna apabila anda mencorakkan hidup anda hari demi hari. Mulakanlah hidup dengan penuh rasa kesyukuran dan pengharapan semoga dipermudah Allah segala urusan kita setiap hari. Semoga kita bahagia di dunia dan di akhirat.

Artikal di petik dari: http://petuabahagia.net/

No comments:

Post a Comment